Friday, June 25, 2010

PENDERITAAN PENDUDUK DI PEKAN KECIL BALINGIAN

Balingian..Balingian...Balingian.. tak ramai yang tahu mengenai pekan kecil Balingian. Inilah penderitaan penduduk Balingian. Barangan jualan runcit yang dijual di pasar Balingian boleh disamakan nilai bagi penduduk di Amerika Syarikat.

Tak percaya??? Datanglah sendiri ke Pekan Kecil Balingian.

Bercakap pasal ni...inilah feedback dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sibu yang menelefon balik kepada saya...pada 25 Jun 2010, pukul 1:41pm.

Kalau mahu tindakan dibuat dari KPDNKK perlulah:-

1. Diaorang nakkan resit jualbeli sebagai bukti;
Jawapan saya; kat pasar Balingian 100% penjual kedai runcit tidak mengamalkan resit. Semua pakai calculator je..

2. Harga gula RM2.00 sekilo; bukankah gula antara barangan terkawal.
Jawapan diaorang; kali terakhir diaorang pergi Balingian harga gula adalah sekitar RM1.90. Sekali lagi diaorang minta resit sebagai bukti....Soalan saya, bila kali terakhir diaorang pergi Balingian????Bila??

3. Daging yang dijual di Balingian rata-ratanya dah melebihi tempoh ketahanan daging. Maksudnya, daging tersebut kalau tidak disejukbekukan memang dah jadi busuk dan reput. Nak makanpun takda selera.
Jawapan diaorang; benda macam ni kena report dengan Jabatan Kesihatan.

4. Makanan tin dan lain-lainnya ada yang sudah tarikh luput.
Jawapan diaorang ; report Jabatan Kesihatan juga.

5. Harga petrol di Balingian seliter RM2.00 lebih kalau tak salah saya; Bukankah petrol ni harga terkawal (RM1.80 seliter)
Jawapan diaorang; boleh sertakan resit sekali lagi.....kalau tidakpun sertakan bukti bergambar.


Alasan lelaki dari Pejabat KPDNKK tersebut sangat menarik perhatian saya...apa sebenarnya kerja diaorang???

Kalau beliau mahu saya sertakan kesemua bukti ni, sesungguhnya saya tidak dapat sertakan. Ini adalah kerana, segala urusan jualbeli di Balingian adalah manual..takda resit.

Yang paling saya seronok saya dengar alasannya:-

Bukan apa diaorang tidak dapat mengambil tindakan, ini adalah kerana tidak cukup bukti yang disertakan. Baiklah, sememangnya saya tidak mempunyai bukti yang kukuh. Make sense juga kata lelaki tersebut. Masalahnya..takkan saya macam jadi spy ditempat sendiri, ambil gambar apa-apa kah....bukankah peruncit-peruncit sana suspect something.

Alasan yang kedua pula; Bukan apa harga barangan jualan di Balingian mahal, ini adalah disebabkan tempat pekan ini terlalu jauh, terpaksa melalui jalan-jalan ladang seperti ini:
Let me explains :-
Inilah jalan dari Simpang Tiga Metading (Antara Mukah & Balingian) ke Simpang Tiga Selangau (Antara Sibu & Bintulu/Miri)

Jarak dari Simpang Selangau ke  Balingian dan Mukah adalah sama....dan melalui jalan yang sama. Menggunakan jalan yang sama dan tiada beza.

Bagi saya, alasan-alasan lelaki dari KPDNKK itu langsung tidak munasabah.  Kenapa barangan di Mukah sangat berpatutan.  kenapa tidak di Balingian??? Penduduk Mukah juga melalui jalan yang sama. ..melalui jalan ladang yang berlopak dan berlumpur.....Tak masuk akal langsung. Amat ketara di sini, penduduk di Balingian telah ditindas.

Sebagai rakyat biasa, saya tidak mampu melakukan apa-apa selain dari mengadu dengan harapan ada tindakan dan pembelaan dari pihak yang bertanggungjawab.. Ini pula alasan diaorang.  KECEWA!!!!Saya amat meragui, apa tugas sebenar diaorang...sesiapa boleh  memberi explaination?

Pembaca mahu tahu apa ending tele-conversation with this guy???  Dia tanya saya; Macam mana saya nak close you punya case ini?? I jawap, see howlah...if you cannot do anything, what else I can do.  What a stupid conversation. Wasting my time saja.

If I were them, I will propose to the management...lakukan siasatan if complainant really unable providing the evidences. Kalau saya tak bersungguh, kenapa saya sanggup sertakan semua no tel & email saya???

Inilah pasar Balingian yang saya maksudkan di atas.


Cuba tengok gambar tanda harga pencuci pinggan mangkuk ini, jenama GLO. Tak masuk akal! RM5.00 peruncit ini jual. Kalau di pasar Mukah atau di mana-mana RM3.80 sebotol. My Goodness gracious!!!!!

Kasihan penduduk di Balingian...apa boleh buat. Sabar saja ya.....

Saya hanya mampu meluah perasaan tapi tidak dapat melakukan apa-apa selainnya.

Terima kasih kerana membaca.


3 Comments:

Blogger GENERASI SUNGAI SUYUNG said...

I AGREE,,,,,,, FOLK SUFFERING ..I KNEW IT.
,,I SUPPORT ANY, ACTION . AS SOON AS POSSIBBLE.

February 18, 2011 at 5:06 PM  
Blogger GENERASI SUNGAI SUYUNG said...

THEY JUST..SIMPLY CHARGE
AT THE ITEM THEY SALE..YOU CAN SEE HOW .RIDICILUOS!!!!!!!!!!!!!!!..THE PRICE.

February 18, 2011 at 5:11 PM  
Blogger Joana Janang Balingian said...

"Rakyat DiDahulukan, Pencapaian Diutamakan" is just like coughing at the staircase..... Balingian peoples are always abandoned like all those time. Thanks Anuar. Is it because of our government bias?????????or not proactive enough..

February 26, 2011 at 5:05 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home